Notis Rasmi

Notis Penutupan Sementara Sistem Skim Wajib Tayang (SWT)

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Skim Wajib Tayang (SWT) akan ditutup sementara bagi tujuan penyelenggaraan serta peningkatan fasiliti sistem.

7 Februari 2026 hingga 9 Februari 2026

Sepanjang tempoh ini, sistem SWT tidak dapat diakses. Pemohon yang ingin membuat permohonan disarankan untuk mengemukakan permohonan selepas tarikh yang dinyatakan.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai bagi memastikan kelancaran proses penyelenggaraan ini.

Sebarang pertanyaan:
03-4104 1771 / 03-4104 1330

Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan
Sub Unit Galakan Penggambaran